Medan, Indonesia

Hari Selasa yang sangat excited sebab first time nak holiday ke luar negara. (Horaayy).Sesudahnya tiba di airport, berkumpul la bersama2 rombongan cik kiah (8 orang 1 group) untuk daftar masuk. Masuk pun follow orang sebab semua tak ada pengalaman pergi luar negara. After 10 minit menunggu, maka kami pun bergerak masuk ke dalam flight dan berlepas ke destinasi yang dituju. After 45 minit,sampai la kami di Medan Airport. (Alhamdulillah) Tour guide pun sudah menunggu di airport dan yang paling penting, tour guide kami sporting & happening.Namanya Mr Mukhlis a.k.a Bang Mukhlis. Memang sempoi habis abang ni.

Wang yang disediakan

Pandang dari kapal terbang

Actually nak pergi makan lunch dulu, tapi bang Mukhlis bilang “sudah lambat. Kedai makan pun sudah tutup. Jadi kita kena gerak terus ke Parapat sebab perjalanannya mengambil masa 6 jam”. (OMG.. terkesima sebentar. Macam perjalanan dari KL ke Johor).Disebabkan kelaparan yang teramat sangat, kami pun minta singgah la dekat Indo Market a.k.a 7eleven untuk beli makanan alas perut. Otw ke Parapat, singgah ke Patent Shop untuk melihat local food product brand Teng Teng or Ting Ting.(pelik tak namanya?) Setibanya di kedai tersebut, just tengok2 je (tak beli pun) sbb produk makanan ringan tapi brand Teng Teng or Ting Ting sahaja.

Teng Teng & Ting Ting we found at Medan

Sambung semula perjalanan ke Parapat. Setelah tiba di hotel yg dituju (Niagara Parapat), terus request nak makan malam sebab sudah kelaparan yang teramat sangat (perut pun sudah krok krekk).

Hotel Niagara Parapat

Perut pun sudah kenyang,hati pun sudah senang kan, masa untuk check-in bilik pula. Bila kunci sudah ada ditangan, kita pun panggil la Bellman untuk tunjuk bilik. Bila ditanya bilik di mana, bellman ni tak paham langsung. Tanya dalam BI pun tak paham juga. Sekali aku pun speaking la Indo, “Mas, kamarnya dimana ?” Bellman tu boleh cakap ckp “Oh.. kamarnya.. Ikut disini yaa..” (muka petak jap. Hampeh~) Aktiviti malam pula sudah bermain di minda. Anak muda lakatakan. (ngeh ngeh) Lepas membersihkan diri, terus buat aktiviti yang dirancangkan iaitu KARAOKE la. Murah juga la. 30,000 rupiah seorang bersamaan RM10. Lepas karaoke, lepak lobby sekejap sebab ada Wifi tapi sekejap je la sebab sudah penat yang teramat sangat. After that, kita pun bergerak la ke bilik untuk merehatkan diri. (Zzzzzzz ~ )

Dengan berat hati untuk meninggalkan katil yang empuk itu, terpaksa jugala mempersiapkan diri untuk aktiviti di hari yang ke-2. Yang penting pagi2 kenala breakfast dulu kan. After makan, kami pon bergerak untuk naik cruise LakeToba pergi ke Samosir Island. Untuk pengetahuan semua, Pulau Samosir ini lebih besar dari Singapura.Tasik Toba ini adalah tasik semula jadi hasil dari letusan gunung berapi. Memang tersangat la besar dan panjang. Dipulau ini terdapat lebih 300 buah kampung. Majoriti dekat sana adalah suku kaum Batak.OMG. Tak dapat nak bayangkan betapa ramainya penduduk dekat pulau itu.Perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa selama 45 minit.

Antara kampung yang kami singgah adalah Ambarita Village untuk melihat perkampungan dan tradisi kaum Batak manakala Tomok Village untuk melihat ancient tomb of King Sidabutar (seperti gambar rajah di bawah ye). Dalam 2 jam dekat pulau tu, kita pun bergerak pulang untuk makan tengahari.

Tomb of King Sidabutar

Entrance Tomok village

Tomok Village

Selepas makan, kami teruskan perjalanan ke Berastagi pula sebab perjalanannya pun mengambil masa yang sama selama 6 jam juga. (Aiyook, kematupunggung ni.hehe) Dalam perjalanan ke sana, kami singgah ke Simarjarunjung untuk enjoy ginger tea and fried bananas (tapi personal expenses la ye).

Mount Sinabung

Mount Sibayak

Selepas itu, kami singgah pula ke Sipiso Piso waterfall. Memang awesome waterfall nya. Tangkap2 gambar,shopping2 sikit.

Sipiso Piso waterfall

Lepas tu terus gerak ke Hotel Grand Mutiara Berastagi. Hotelnya memang superb first class (hehehe). Lepak2lobby hotel sambil merancang aktiviti malam. Jeng Jeng Jeng (Surprise okey).Macam biasa dapat kunci, apa lagi masuk bilik terus mempersiapkan diri untuk aktiviti malam..

Grand Mutiara Berastagi

Dalam pukul 7pm (waktu indonesia ye), turun untuk makan malam. Lepas perut sudah kenyang, kita pun meneruskan aktiviti malam tanpa membuang masa lagi. Kami bergerak ke destinasi seterusnya. Jalan agak suram juga la.Mengambil masa dalam setengah jam untuk sampai ke destinasi. Nak tahu apa aktiviti kita orang? Aktivitinya adalah merendamkan diri ke dalam air panas iaitu Hot Spring.

Hot Spring

Penat2 berjalan, at last dapat merehatkan badan dan minda dengansantainya. Actually aktiviti ni tak ada dalam itinerary, Bang Mukhlis yangcadangkan, kita orang On saja. Tak mahal pun dalam 50,000 rupiah bersamaanRM15-20 sahaja. Dalam 1-2 jam saja, kami pun bergerak pulang ke hotel untukberehat sebab besok akan ada lagi aktiviti untuk hari yang terakhir. (ZZZzzzzz~)
Hari terakhir untuk enjoy kan diri di Medan (Yihaaaa !). Macam biasa kena breakfast dulu untuk tambah tenaga (tenaga la sangat). Lepas makan, kami pun bergerak ke Medan. Perjalanan dalam 2 jam untuk sampai ke Medan.Sesampainya di Medan, kita singgah Shwedagon Pagoda Replica at Taman Alam Lumbini, Wood Gallery, dan Maimoon Palace. Biasa2 sahaja tempatnya. Tapi jalandekat medan ni memang jem. Da rasa macam dekat KL plak. Kami berhenti sebentar untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong ni. Lunch hour (nyum nyum)~ After lunch, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Yang ditunggu2 tiba jua akhirnya.Kami tiba di Batik center (masa untuk shopping! ). Memang rambang mata la. Rasa nak beli semua je. Ada member yang shopping sampai bawa balik 4 kotak. Memang tak boleh nak tahan nafsu membeli la kan (kihkihkih).

Batik

2 jam kemudian, kami bergerak pula ke Pasar Ikan Lama & Medan Mall (Destinasi yg terakhir sebelum di hantar pulang ke airport). Di Medan Mall,kami banyak mencari barang2 souvenir untuk sedara-mara dan rakan-rakan. Memang harga berpatutan. Wajib kena bawa banyak duit bila pergi ke sana ye. Pesanan khas untuk kaki shopping. Memang tak cukup tangan la dibuatnya. Finally, barang yang dicari pun sudah dapat, maka boleh la dihantar pulang ke airport untuk pulang ke Malaysia. Nak suggest dekat mereka yang nak pergi melancong ke luar negara tapi bajet rendah, boleh la pergi ke Medan ni. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Pergi jangan tak pergi ye. Rasai sendiri pengalaman seperti ini.SyiooOOkkk ~

Stories by Cuti admin, Puan Farah~

Related Post

2 thoughts on “Medan, Indonesia

Leave a Reply to Adam Roslan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *